Notis Perlindungan Data Peribadi

Kami di WONG LU PEEN & TUNKU ALINA menghargai kepentingan privasi dan sensitiviti data peribadi. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan apa-apa undang-undang lain yang berkaitan (sekiranya ada), notis ini (“Notis”) adalah untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda.

Dengan memberi kami data peribadi anda dan/atau dengan melantik kami atau berurusan dengan kami untuk mendapatkan khidmat guaman, dengan mengakses dan menggunakan laman sesawang kami atau dengan berinteraksi dengan kami, anda bersetuju dan membenarkan kami memproses data peribadi anda sepertimana yang terkandung dalam Notis ini.

Notis ini boleh dipinda atau dikemaskini dari masa ke semasa, tanpa kami memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Kami menasihatkan anda untuk memeriksa laman sesawang kami dari masa ke semasa bagi apa-apa pindaan atau pengemaskinian kepada Notis ini. Dengan terus menggunapakai perkhidmatan kami, atau menggunapakai laman sesawang kami atau berkomunikasi dengan kami selepas apa-apa pindaan atau pengemaskinian terhadap Notis ini, anda mengesahkan dan menunjukkan persetujuan anda terhadap pindaan atau pengemaskinian kepada Notis ini.

Jenis-jenis Data Peribadi yang dikumpul: Data peribadi adalah ditakrifkan di bawah Seksyen 4 Akta sebagai apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial , yang-

(a) sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu;

(b) direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau

(c) direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan,

yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu;

Data peribadi yang sensitif ertinya apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

Penyataan pendapat termasuk suatu kenyataan fakta yang tidak dapat ditentusahkan atau dalam segala hal keadaan mengenai hal itu penentusahannya tidak dapat dilaksanakan.

Jenis data peribadi yang mungkin kami kumpul dan proses termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

– Nama, tarikh lahir, umur, kewarganegaraan, jantina, nombor Kad Pengenalan / pasport, alamat, butiran perhubungan, alamat e-mel;

– Nombor Cukai Pendapatan, butiran akaun perbankan;

– Data peribadi sensitive; dan/atau

– Penyataan pendapat

Sumber Data Peribadi: Sebahagian besar data peribadi yang kami kumpul diperolehi daripada anda melalui mesyuarat, temuduga, persidangan, e-mel, khidmat pesanan ringkas, mesej chat atau melalui laman web kami. Walaubagaimanapun, bagi tujuan pengesahan sesetengah data peribadi yang dikumpul oleh kami didapati daripada sumber-sumber lain termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi-agensi laporan kredit, jabatan atau agensi-agensi kerajaan, media sosial, penerbitan.

Dalam situasi di mana anda menyediakan atau telah menyediakan kami dengan data peribadi pihak ketiga, anda memberi representasi dan mewaran (warrant) bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pemunya data peribadi tersebut untuk membekalkan data peribadi tersebut kepada kami untuk diproses untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.

Bagaimana Data Peribadi anda digunakan: Dalam menjalankan tugas kami untuk menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada anda, data peribadi anda dikumpul dan diproses oleh kami seperti berikut berikut:

(i ) mengesahkan pengenalan anda ;

(ii) berkomunikasi dengan anda;

(iii) menyediakan perkhidmatan kepada anda;

(iv) memproses urusniaga pembayaran;

(v) keselamatan dan audit dalaman dan tujuan perakaunan;

(vi) apa-apa tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda;

(vii) bagi segala tujuan lain yang berhubungan atau bersampingan dengan di atas.

Kecuali sepertimana yang dinyatakan di atas dan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta dan apa-apa undang-undang lain yang berkaitan (sekiranya ada), kami pada tiap-tiap masa memegang teguh kepada hak keistimewaan peguam-pelanggan. Kami tidak akan berkongsi atau mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan komersial kecuali kepada pihak ketiga atau golongan pihak ketiga yang anda telah benarkan.

Pendedahan Data Peribadi: Melainkan dengan kebenaran anda, kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga kecuali:

(i ) kelas pihak ketiga seperti yang diarahkan atau dibenarkan oleh anda ;

(ii) pemproses data kami iaitu pihak ketiga yang kami libatkan untuk memproses data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada bank-bank dan institusi kewangan, penyimpanan gudang, server komputer dan lain-lain; dan/atau

(iii) penasihat-penasihat profesional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang, penasihat cukai, penasihat kewangan, juruaudit, broker insurans dan lain-lain;

(iv) untuk mematuhi mana-mana undang-undang semasa; dan/atau

(v) atas arahan Mahkamah atau pihak berkuasa.

Akses Data dan Data Pembetulan: Anda mempunyai hak untuk:

(i ) Meminta akses kepada data peribadi anda;

(ii) Meminta data peribadi anda untuk diperbetulkan atau dikemaskini; dan

(iii ) menarik balik kebenaran anda atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda.

Anda boleh membuat pertanyaan anda dengan menghubungi:

 

Rakan Kongsi Utama Perlindungan Data
Tetuan Wong Lu Peen & Tunku Alina
21-6, The Boulevard, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur,
Malaysia.​

Tel No.: +603-2938 8833
Emel: farah.deba@wlpta.com.my

Kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk apa-apa sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Obligasi untuk Menyediakan Data Peribadi: Kami mengakui bahawa anda mempunyai hak untuk menentukan data yang anda ingin berikan kepada kami. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak memberikan data di atas atau mengehadkan cara data tersebut diproses, kami mungkin akan terhalang dalam menjalankan tugas kami.

Kami percaya bahawa anda mengizin dan bersetuju dengan syarat-syarat berkenaan pemprosesan data peribadi anda oleh kami di atas. Jika anda tidak mengizinkan dan bersetuju kepada syarat-syarat di atas, sila hubungi kami melalui maklumat perhubungan yang dinyatakan di atas.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dalam Notis ini antara versi Bahasa Malaysia dengan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai dan dirujuk.